Tercipta Untukku

entah manisnya dan pahitnya tuk ku
rasakan sesak tuk rasakan keduanya
pilukan sang hati terhempas

diam, diam lelah tuk diam
arah mana ku pijakan langkah
terisakkan kalbu pekat

yach kau dan kau
berikan nur asa fikir
kecapkan luka nan letih

tak inginku seperti ini
tak inginku sesak ini
entah kemana aku ini

aku adalah aku
bukan aku adalah kau
atau kau adalah aku

kemanakah angin terhembus
menuju mana air mengalir
ku tak tahu jika tetap ini

maaf diri terlalu
entah cinta atau benci
akan dirimu atau diriku

ini tercipta untukku
tak akan habis karena
ini memang tercipta untukku

fht, 1999 – sekarang rasakan semua ini

Toleransi Nabi dalam Berdakwah

Sedang Nabi Muhammad saw duduk bersama para sahabat, muncul seorang pemuda berjumpa Nabi lalu berkata “Izinkanlah saya untuk berzina.” Mendengar perkataan yang biadab itu, sahabat-sahabat terpinga-pinga dan merasa marah.

Namun Nabi Muhammad bersikap tenang dan melayan dengan baik. Baginda menyuruh pemuda itu hampir kepadanya lalu bertanya “Mahukah engkau berzina dengan ibumu?” Pemuda itu menjawab “Tidak!”. Lantas Nabi bersabda “Kalau begitu, orang-orang lain juga tidak suka berbuat jahat kepada ibu-ibu mereka.” Nabi kemudian mengajukan soalan kedua “Sukakah kamu berbuat jahat dengan saudara perempuanmu sendiri? atau sukakah kamu sekiranya isteri kamu dinodai orang?” Kesemua soalan itu dijawab oleh pemuda itu dengan “Tidak!”.

Rasulullah saw kemudian meletakkan tangannya yang mulia ke atas pemuda itu sambil berdoa “Ya Allah, sucikanlah hati pemuda ini. Ampunkanlah dosanya dan peliharakanlah dia dari melakukan zina.” Sejak peristiwa itu, tiadalah perkara yang paling dibenci oleh pemuda itu selain zina.

Moral & Iktibar

Sifat berlemah-lembut dan toleransi amat perlu ada dalam setiap pendakwah.
Sifat lemah-lembut kunci bagi kejayaan dakwah.
Sifat toleransi merupakan satu rahmat dan pemberian Allah yang bersifat dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
Perkataan yang kasar dan kesat bukan menghampirkan orang lain kepada kita malah akan menjauhkannya lagi.
Sebelum melakukan sesuatu perkara, perlulah bermesyuarat atau berbincang (bertukar-tukra fikiran) dengan orang lain.
Jauhkan bertindak mengikut hawa nafsu kerana ia datang dari syaitan.
Kemukakanlah soalan kepada orang lain walaupun soalan itu kemungkinan tidak ada logiknya; sementara orang yang ditanya pula berikanlah layanan yang sepatutnya dengan ikhlas.
Berikanlah nasihat atau teguran kepada orang yang memerlukan namun teguran itu hendaklah dilakukan dengan ihsan kerana Allah semata-mata semoga orang yang berkenaan tidak berasa diperhinakan dan terus menerus terbiar menjadi mangsa syaitan.
Berdakwah dengan hikmah memberikan kesedaran dan keinsafan kepada orang yang didakwah.

Taubatnya Abu Hurairah r.a.

Dari Abu Hurairah, ia berkata, “Pada suatu malam setelah salat Isya saya keluar bersama Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba di hadapanku ada seorang wanita bercadar yang sedang berdiri di tengah jalan, seraya berkata, “Wahai Abu Hurairah! Sesungguhnya aku telah melakukan perbuatan dosa besar. Apakah masih ada kesempatan bagiku untuk bertaubat?” Lalu saya tanya wanita itu, “Apakah dosamu itu?” Dia menjawab, “Aku telah berzina dan membunuh anakku dari hasil zina itu.” Kukatakan padanya, “Kau telah binasakan dirimu dan telah binasakan orang lain. Demi Allah, tidak ada kesempatan bertaubat bagimu.” Mendengar jawapanku, wanitu itu menjerit histeris dan jatuh pingsan. Setelah siuman dia pun lantas pergi. Aku berkata di dalam hati, “Aku berfatwa, padahal Rasulullah s.a.w. ada ditengah-tengah kami?”

Pada pagi harinya aku menemui Rasulullah dan berkata, “Wahai Rasulullah! Tadi malam ada seorang wanita meminta fatwa kepadaku berkenaan dengan ini…. dan ini….” Setelah mendengar penjelasan aku, beliau bersabda, “Innaa lillahi wa inna ilahi raajiun! Demi Allah, celakalah engkau dan telah mencelakakan orang lain. Tidakkah kau ingat ayat ini :

“Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. Al-Furqaan: 68-70)

Maka aku keluar dari sisi Rasulullah s.a.w. dan berlari menyusuri gang-gang jalan Madinah, sambil bertanya-tanya, “Siapakah yang boleh menunjukkan aku kepada seorang wanita yang meminta fatwa kepadaku tentang begini dan begini tadi malam?” Sementara anak-anak bersorak, “Abu Hurairah sudah gila!” Hingga menjelang larut malam, baru aku menemukannya di tempat itu. Maka kuberitahukan segera kepada wanita itu seperti apa yang dikatakan Rasulullah s.a.w. bahawa dia boleh bertaubat. Wanita itu kembali menjerit kegirangan seraya berkata, “Kebun yang kumiliki akan kusedekahkan kepada orang-orang miskin kerana dosaku.”